Sentimen
Positif (100%)
3 Jul 2024 : 11.32
Tokoh Terkait

USANITA Perkukuh Kerja Sama Kreatif di Jakarta untuk Tembus Pasaran Serantau Rabu, 03/07/2024, 11:32 WIB

Wartaekonomi.co.id Wartaekonomi.co.id Jenis Media: News

3 Jul 2024 : 11.32
USANITA Perkukuh Kerja Sama Kreatif di Jakarta untuk Tembus Pasaran Serantau
Rabu, 03/07/2024, 11:32 WIB
Warta Ekonomi, Jakarta -

USANITA Sdn. Bhd. berjaya menyelesaikan misi penting tiga hari di Jakarta yang memberi fokus terhadap usaha menjalin dan memperkukuh kolaborasi dengan pemimpin industri kreatif di Indonesia.

Tidak hanya itu, ini juga diharapkan dapat meneroka kerjasama serantau.

Lawatan penting tersebut dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan dan antara ahli delegasi termasuk Erma Fatima yang merupakan penerbit dan pelakon yang pernah memenangi pelbagai penghargaan.

Kehadiran Erma membuktikan komitmen USANITA terhadap kecemerlangan seni dan pertukaran budaya.

Kegiatan itu berlangsung dari 28 hingga 30 Juni 2024, delegasi USANITA telah bertemu dengan tokoh-tokoh utama dalam industri hiburan Indonesia, seperti Raam Punjabi dari PT Multivision Plus; Manoj Punjabi (MD Entertainment); Deddy Mizwar (PT Demi Gisela Film dan Ketua Umum Persatuan Produser Film Indonesia -PPFI), Zairin Zein, (produser dan Setiausaha Agung PPFI) dan Ilham Bintang (Pengarah PT Bintang Advis Multimedia).

Pertemuan ini meneroka peluang dalam melaksanakan projek kolaboratif dan kerjasama inovatif, selaras dengan misi pemerkasaan komuniti dan pembangunan modal insan oleh USANITA.

"Industri kreatif Indonesia merupakan mercu tanda inovasi dan kekayaan budaya. Pihak kami teruja untuk meneroka peluang dan bekerjasama bagi meningkatkan lagi inisiatif USANITA yang mampu menyumbang kepada pembangunan industri kreatif yang dinamik di kedua-dua negara,” kata Datuk Adzliana.

USANITA dikenali sebagi sebuah organisasi yang menjalankan program kebajikan dan sosial di seluruh negara. Ia turut berperanan dalam pembinaan komuniti melalui acara-acara yang memberi impak kepada masyarakat seperti bengkel, ekspo dan karnival keusahawanan.

Datuk Adzliana berkata selain memberikan bantuan kebajikan, USANITA juga aktif dalam mempromosi padanan perniagaan-ke-perniagaan dan industri kreatif merupakan peluang baharu yang boleh meningkatkan semangat keusahawanan dalam kalangan ahli USANITA.

Sementara itu, Erma Fatima berkata sudah tiba masanya untuk Malaysia dan Indonesia menghidupkan semula produksi filem secara usahasama seperti yang dilaksanakan pada tahun 80-an dan 90-an.

"Kerjasama sebegini memberi peluang untuk kita bertukar pengetahuan agar mampu memenuhi kehendak penonton yang semakin mencabar. Teknologi produksi filem juga telah mengalami perubahan pesat dan jika bergabung, kedua-dua negara mempunyai kekuatan untuk menakluk pasaran global dengan sinergi yang betul,” katanya.

Delegasi USANITA turut melawat IDN Media dan berbincang dengan pihak pengurusan tertingginya untuk meneroka potensi kerjasama kreatif. Perbincangan tersebut tertumpu kepada pembangunan bersama kandungan kreatif dan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk melaksanakan projek yang inovatif dan menarik minat penonton di kedua-dua negara.

Lawatan ke Jakarta ini juga membuktikan komitmen USANITA untuk memperluas jangkauan dan pengaruhnya melalui kerjasama antarabangsa.

Datuk Adzliana berkata perbincangan terperinci dengan pemimpin industri kreatif Indonesia bertujuan untuk membangunkan kandungan dan program inovatif yang mampu memikat penonton di seluruh rantau ini.

“Menerusi gabungan kekuatan kreatif rakan kongsi Indonesia dan pendekatan berasaskan misi USANITA untuk membangunkan usahawan tempatan, kerjasama ini mampu menghasilkan projek-projek menarik dengan impak sosial yang signifikan,” katanya.

Menurut beliau, kerjasama ini juga dirancang secara strategik untuk membantu kedua-dua negara meneroka pasaran antarabangsa yang lebih besar, bermula dengan ASEAN.

"Memandangkan Malaysia bakal menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN tahun depan,  kerjasama ini juga bertujuan untuk memanfaatkan potensi kreatif serantau yang lebih besar," tambahnya.

USANITA Sdn. Bhd. merupakan organisasi terkemuka di Malaysia yang menyediakan perkhidmatan kebajikan dan sosial.

Melalui kerjasama dengan rakan kongsi, mentor dan ahli di seluruh negara, USANITA menawarkan pelbagai perkhidmatan, termasuk bantuan kebajikan, inisiatif pembinaan komuniti dan pengurusan acara. Komitmen USANITA terhadap pembangunan modal insan membantu meningkatkan prestasi dan nilai-nilai komuniti serta mampu memberikan impak positif epada masyarakat Malaysia.

Mau Berita Terbaru Lainnya dari Warta Ekonomi? Yuk Follow Kami di Google News dengan Klik Simbol Bintang.

Sentimen: positif (100%)